Wednesday, 23 July 2014

PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK DAN PEDAGOGI BERMAIN:MODUL PERMAINAN MEMBALING SPAN




KAI 6044 PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK
DAN PEDAGOGI BERMAIN

MODUL PERMAINAN MEMBALING SPAN


DISEDIAKAN OLEH
Saravanan Arumugam (M20122001515)
Janagi Muniandy (M20122001279)
Megala Termulingam (M20122001285)
Rathana Devi Subalenggam (M20122001291)
Sethu Kamala Ganapatty (M2012001294)


PENSYARAH
DR NORDIN BIN MAMAT

TARIKH            :  6 MAC 2014
HARI                : JUMAAT
TEMA               : BENTUK DAN WARNA
TAJUK            : PERMAINAN MEMBALING SPAN KE DALAM BENTUK YANG SAMA  CIRI- CIRI KANAK-KANAK BERUMUR 5-6 TAHUN

Perkembangan Sosial
1.    Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian  daripada
2.    masyarakat.    
3.    Tahu bagaimana menyesuaikan  diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan  .
4.    Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa .
5.    Boleh bekerjasama semasa bermain ,menunggu giliran dan berkongsi mainan.
6.    Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri.
7.    Mempelajari  cara  meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran  dengan meniru orang dewasa dan kanak-kanak lain.

Perkembangan Fizikal
  1. Boleh naik tangga tanpa pertolongan serta dapat menukar kaki semasa menaiki tangga.
  2. Mereka gemar membina blok atau bongkah-bongkah menjadi menara.
  3. Menunjukka peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
  4. Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5 – 6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
  5. Boleh memegang crayon atau pen dengan baik.
Perkembangan Kognitif
  1. Rasa ingin tahu yang amat mendalam yang diikuti minat untuk mencuba perkara yang baru.
  2. Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan dan corak.
  3. Boleh mengetahui warna-warna yang terdapat disekelilingnya.
  4. Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri.
  5. Boleh mengatur objek mengikut urutan.

Perkembangan Emosi
  1. Boleh menunjukkan perasaan kasih sayang dengan kata-kata..
  2. Mula menunjukkan perasaan malu .
  3. Mengenali  perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan.
  4. Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon  yang betul.
  5. Mula mempelajari cara untuk mengawal diri  (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa.

MODUL PERMAINAN YANG MEMPUNYAI SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN
BENTUK PERMAINAN: BALING SPAN

Cara Pelaksanaan

SEBELUM   BERMAIN:
1)      Pastikan semua bahan lengkap. ( span pelbagai warna dipotong mengikut beberapa bentuk geometri)
2)      Mengumpulkan kanak-kanak di padang permainan/di tempat yang ingin bermain.
3)      Guru menyusun pelajar dalam satu barisan.
4)      Bentuk-bentuk geometri dilakarkan di atas lantai.
5)      Kesemua span berwarna ini akan dimasukkan ke dalam baldi yang diisi air.
6)      Tetap kiraan jarak mengikut kesesuaian ketinggian kanak -kanak.

SEMASA   BERMAIN:
1)      Guru menunjukkan  cara bermain permainan membaling span kepada kanak-kanak.
2)      Kanak-kanak pertama  yang  bermain  yang  berada  di hadapan memulakan  permainan  dengan  mena
1)      makan bentuk dan warna yang diambilnya dari baldi.
2)      Kanak-kanak akan cuba melontarkan span ke  arah  lukisan geometri di atas lantai yang mempunyai  bentuk yang sama.
3)      Jika span tersebut tidak masuk ke dalam bentuk lukisan yang disasarkan maka kanak-kanak tersebut akan diberikan peluang kedua untuk memulakukan balingan.
4)      Jika berjaya, kanak-kanak tersebut akan diberikan peneguhan dan diminta untuk berbaris di sebelah kanan.
5)      Setelah kesemua kanak-kanak  telah habis melakukan lontaran maka pusingan kedua akan dijalankan. Kali ini kanak-kanak sendiri lebih memahami cara bermain dan bermain dengan penuh yakin.


FAEDAH PERMAINAN DALAM PERKEMBANGAN EMOSI, FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL.
Fizikal
1.    Dapat memperkembang motor kasar kanak-kanak dalam permainan ini
2.    Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
3.    Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam sebelum permainan dimulakan.
4.    Dapat menyihatkan badan dengan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh seperti permainan baling tin.

Sosial
1.    kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan dari pelbagai jantina dan kaum.
2.    Memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut untuk menyesuaikan perlakuan dan tingkah laku mereka dengan orang lain.
3.    Bersosial juga membolehkan kanak-kanak memberikan pendapat mereka sendiri dengan rakan yang lain.
4.    Permainan ini dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial.
5.    Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
6.    Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
7.    Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah dalam kumpulan tersebut apabila berlaku sesuatu perkara.

Emosi
1.    Kanak-kanak dapat mengawal emosi mereka ketika bermain.
2.    Permainan ini juga membolehkan kanak-kanak belajar berkongsi motivasi.
Kognitif
1.    Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek
2.    Kanak-kanak juga belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya.
3.    Kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa.
4.    Kanak-kanak dapat mengenal bentuk, warna dan tekstur span.
5.    Kanak-kanak juga dapat mengagak jarak lontaran dengan tepat sebelum membuat lontaran

Kesimpulan
            Aktiviti bermain merupakan teknik yang mudah untuk guru prasekolah aplikasikan kepada kanak-kanak tanpa perlu dipaksa dan diajar secara rumit. Hal ini kerana apabila kanak-kanak bermain, mereka sebenarnya diberi peluang menggunakan dan mengasah kreativiti sedia ada yang dimiliki untuk menyelesaikan masalah sama ada secara individu mahu pun berkumpulan. Dalam hal ini, pendidik perlu memainkan peranan penting dalam membina dan menggalakkan motivasi intrinsik kanak-kanak terutamanya di prasekolah. Sebagai guru prasekolah, mereka perlu bertindak balas terhadap keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelasnya. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain boleh membantu meningkatkan motivasi instrinsik kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap perkembangannya (Rubin, Fein & Vandenburg, 1983).










USING PHYSICAL ACTIVITY TO TEACH ACADEMIC CONTENT: A STUDY OF THE EFFECTS ON LITERACY IN HEAD START PRESCHOOLERS



USING PHYSICAL ACTIVITY TO TEACH ACADEMIC CONTENT: A STUDY OF THE EFFECTS ON LITERACY IN HEAD START PRESCHOOLERS
1.0 PENDAHULUAN
Kajian yang bertajuk ‘USING PHYSICAL ACTIVITY TO TEACH ACADEMIC CONTENT: A STUDY OF THE EFFECTS ON LITERACY IN HEAD START PRESCHOOLERS’  telah dijalankan oleh Stacie M.Kirk, Coleman R.Vizcarra, Erin C.Looney and Erik P.Kirk untuk melihat kesan peningkatan aktiviti fizikal terhadap potensi dan  kemahiran literasi awal pada kanak-kanak prasekolah yang masih belum diterokai sepenuhnya. Dewasa ini, hanya terdapat sedikit penyelidikan yang pernah dijalankan terhadap kanak-kanak prasekolah untuk menentukan kesan pelajaran akademik diajar dengan aktiviti fizikal pada literasi awal. Suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menawarkan pendekatan inovatif dan di samping tidak menjejaskan masa instruksional perlu dibangunkan bagi mendapat kesan yang terbaik dalam bidang literasi awal kanak-kanak.
2.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan dan impak suatu program akademik yang mengambil masa 6 bulan, kos rendah dan diarahkan oleh guru (teacher-directed) bagi mengajar pelajaran literasi awal kanak-kanak yang sedia wujud melalui aktiviti fizikal. Pertumbuhan dan Pembangunan Petunjuk  individu telah digunakan untuk menilai literasi awal dan kesedaran fonologi dalam bidang aliterasi (alliteration) dan penamaan gambar (picture naming). Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aktiviti fizikal semasa bermain bebas dan peningkatan dalam literasi awal (menamakan gambar dan aliterasi) berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak menjalankan aktiviti fizikal.


3.0 PERSOALAN KAJIAN
3.1 Sejauh manakah kepentingan membangunkan tabiat aktiviti fizikal awal dalam kehidupan kanak-kanak mempunyai kesan yang paling bermanfaat pada literasi awal mereka.
3.2 Sejauh manakah penglibatan guru untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak dapat meningkatkan tahap penguasaan literasi awal di kalangan kanak-kanak pra-sekolah.
4.0 SOROTON LITERATUR
Didapati bahawa kelemahan dalam kemahiran literasi awal seperti menamakan gambar (picture naming) dan aliterasi (alliteration) adalah paling dominan di kalangan golongan berpendapatan rendah, kanak-kanak kulit putih (Burchinal, 2002 ,Miller dan Votruba-Drzal 2013). Kanak-kanak yang membesar dalam kemiskinan berisiko untuk mencapai tahap yang rendah dalam literasi dan mereka sering menjadi  pelajar bermasalah pembelajaran dan akan menjalani kelas pemulihan di sekolah rendah dan menengah (Burchinal et al 2002;. Miller dan Votruba-Drzal 2013). Telah dibuktikan bahawa kanak-kanak yang membaca di bawah paras gred pada akhir sekolah rendah adalah mereka yang gagal menguasai kemahiran literasi awal semasa prasekolah (Reynolds Aj et al. 2007).
5.0 KEPENTINGAN
5.1 Mekanisme yang digunakan dalam kajian ini juga turut dapat digunakan untuk pelajar yang membentangkan masalah disiplin, dan tidak memberikan perhatian kepada tugas akademik.
5.2 Penemuan mereka ini akan menyumbang kepada pengetahuan tentang bagaimana literasi awal boleh diajar dalam persekitaran tadika secara efektif.
6.0 METODOLOGI
6.1 Kanak-kanak
Terdapat sejumlah 72 kanak-kanak Afrika Amerika lingkungan umur 3.8 tahun dari bandar yang mempunyai penduduk bertaraf sosioekonomi rendah mengambil bahagian dalam kajian 6 bulan yang dijalankan di Head Start Preschool. Dalam kedua-dua prasekolah, 99% daripada keluarga adalah Afrika Amerika dan 95% daripada keluarga berada di bawah garis kemiskinan.
6.2 Guru Kelas
Setiap kelas telah dikendalikan dengan dua orang guru (seorang guru memimpin dan seorang pembantu guru). Terdapat sejumlah empat belas guru (tujuh ketua dan tujuh pembantu), semuanya perempuan. Terdapat sejumlah enam ketua dan enam guru pembantu yang adalah Afrika Amerika. Tiga ketua dan tiga orang guru pembantu yang berbangsa Afrika Amerika berada dalam bilik darjah intervensi. Tiga ketua dan tiga orang guru penolong berbangsa Afrika Amerika berada dalam bilik darjah kawalan (control classroom). Ada satu ketua dan seorang pembantu guru berbangsa Caucasian berada di dalam kelas intervensi . Tujuh ketua guru mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan awal dengan purata 13 tahun pengalaman. Tujuh guru pembantu mempunyai ijazah yang berkaitan pendidikan awal dengan purata 9 tahun pengalaman. Guru-guru menandatangani borang persetujuan dimaklumkan sebelum penyertaan.
Pelbagai pelajaran literasi telah digunakan dalam bidang menamakan gambar (taksiran perkembangan bahasa ekspresif), berirama (taksiran kesedaran fonologi) dan aliterasi (penilaian phonological awareness).

7.0  ANALISIS DATA
7.1 Kemahiran Literasi Awal
Kemahiran dan tahap penguasaan literasi awal kanak-kanak dinilai menggunakan tiga langkah kemahiran literasi awal. Bidang menamakan gambar (penilaian perkembangan bahasa ekspresif), berirama (penilaian kesedaran fonologi) dan aliterasi (penilaian kesedaran fonologi dianalisis menggunakan ujian t diselaraskan, yang menyumbang korelasi di antara kelas seterusnya menilai perubahan dalam pembolehubah ini dari garis dasar untuk 6 bulan. Bidang menamakan gambar, berirama dan aliterasi juga dianalisis longitudinally, dengan menggunakan model campuran linear dengan autoregressive type 1 covariance structure untuk ukuran membujur (longitudinally) dari masa ke masa pelarasan bagi jantina.
7.2 Kesetiaan Guru Terhadap Program
Pelaksanaan pengajaran aktiviti fizikal guru diukur dengan menggunakan alat pemerhatian SOFIT. Data SOFIT dibandingkan antara penglibatan dan kawalan bilik darjah dengan menggunakan model linear campuran pelarasan bagi umur dan jantina. Kesan model guru kepada markah SOFIT dianalisis dengan menggunakan dua cara (kumpulan x kekerapan)  ANOVA diulangi untuk membandingkan perubahan dalam tahap aktiviti fizikal antara dan di dalam kumpulan.





8.0  DAPATAN
8.1  Aliterasi (huruf bunyi / dua min) bertambah baik berbanding dengan garis dasar untuk 3 dan 6 bulan pada prasekolah intervensi berbanding dengan sebarang perubahan penting di prasekolah kawalan, menyebabkan perbezaan antara kumpulan pada 3 dan 6 bulan, p \ 0.01. Penamaan gambar (gambar dikenal pasti dengan betul dalam seminit) dengan ketara (p \ 0.01) bertambah baik di prasekolah intervensi dari garis dasar untuk 3 bulan dan 3-6 bulan berbanding kepada tiada perubahan ketara pada prasekolah kawalan dari garis dasar untuk 3 atau 6 bulan, p [0.05, menyebabkan  perbezaan antara kumpulan pada 3 dan 6 bulan, p \ 0.01 (Jadual 2). Skor yang lebih tinggi untuk aliterasi dan penamaan gambar menunjukkan kemahiran literasi awal yang lebih besar dan kesedaran fonologi tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara prasekolah untuk bidang berirama.
8.2  Kajian ini adalah juga telah diterima oleh guru-guru dan mereka merasakan program ini adalah mudah untuk ditadbir, menyeronokkan dan membuat kesan kepada pembelajaran kanak-kanak di dalam kelas.
8.3  Aktiviti fizikal di dalam kelas telah meningkat dalam prasekolah intervensi berbanding prasekolah kawalan. Pengkaji mendapati bahawa pematuhan kepada program yang lebih besar daripada 90%, bermakna pelajar mendapat separuh (30 min) 60 min / hari harian disyorkan aktiviti fizikal berstruktur (NAEYC 1998). Di samping itu, guru-guru melaporkan bahawa mereka telah melaksanakan program aktiviti fizikal hampir sepuluh sesi setiap perjumpaan mingguan daripada 90% masa latihan yang ditetapkan.
8.4  Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajaran akademik diajar dengan aktiviti fizikal boleh dimasukkan dalam kelas prasekolah. Dalam kajian ini, kami mendapati bahawa aliterasi dan penamaan gambar, kedua-duanya adalah berkaitan dengan kemahiran literasi awal yang lebih besar dan kesedaran fonologi, telah bertambah baik dengan ketara dalam prasekolah intervensi pada 3 bulan dan dikekalkan pada 6 bulan berbanding dengan kumpulan kawalan.
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil kajian mencadangkan bahawa pelajaran akademik diajar dengan aktiviti fizikal meningkatkan literasi awal kanak-kanak prasekolah dan hipotesis bahawa kanak-kanak prasekolah yang menerima pelajaran akademik diajar dengan aktiviti fizikal akan mempunyai peningkatan yang lebih ketara dalam kemahiran literasi awal berbanding dengan kanak-kanak prasekolah di prasekolah kawalan, di mana aktiviti fizikal tidak digunakan semasa pelajaran literasi.










RINGKASAN ULASAN JURNAL 2: USING PHYSICAL ACTIVITY TO TEACH ACADEMIC CONTENT: A STUDY OF THE EFFECTS ON LITERACY IN HEAD START PRESCHOOLERS
                  
Persoalan Kajian
Literatur Utama
Metodologi
Dapatan kajian
1. Sejauh manakah kepentingan embangunkan tabiat aktiviti fizikal awal dalam kehidupan kanak-kanak mempunyai kesan yang paling bermanfaat pada literasi awal mereka.
2. Sejauh manakah penglibatan guru untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal kanak-kanak dapat meningkatkan tahap penguasaan literasi awal di kalangan kanak-kanak pra-sekolah.

-       i)  Burchinal, 2002
-       ii)Miller dan Votruba-Drzal 2013.
-        
-        
a)Kaedah Kajian :
i)          Tinjauan
ii)        Analisis Data
iii)                 Aliterasi (huruf bunyi / dua min) bertambah baik berbanding dengan garis dasar untuk 3 dan 6 bulan pada prasekolah intervensi.
iv)                 Kajian ini adalah juga telah diterima oleh guru-guru.
v)                  Aktiviti fizikal di dalam kelas telah meningkat dalam prasekolah intervensi.
vi)                 Pelajaran akademik diajar dengan aktiviti fizikal boleh dimasukkan dalam kelas prasekolah.